Wednesday, November 17, 2010

Isu Khutbah Hari Raya AidilAdha

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adalah dengan ini saya secara terbuka memohon maaf atas isu yang timbul berikutan isi khutbah pada hari raya tersebut.

Kejadian berlaku apabila saya tersalah cetak teks khutbah tersebut dari koleksi saya dan tidak menyelidiki secara mendalam sebelum membacanya.

Saya juga tidak menyangka sama sekali isi khutbah itu terlalu sensetif seperti demikian sehinggalah pada saat saya membacanya. Di sini juga saya tegaskan bahawa saya tidak pernah terlibat atau menyokong secara khusus mana-mana parti politik di Malaysia justeru saya tidak pernah terniat sama sekali untuk menyerang mana-mana fahaman politik ahli kariah sekalian.

Pada hemat saya, perkara yang TIDAK DISENGAJAKAN ini telah selesai. Saya mohon supaya jangan dipanjangkan sehingga menjadi isu yang berlarutan. Fokus utama seterusnya adalah mengimarahkan surau kita dan bukan lagi isu tempelan seperti ini yang boleh menyebabkan banyak pihak turut sama terjejas.

Sebarang tindakan ke atas diri saya hendaklah diputuskan melalui mesyuarat jawatankuasa.

Akhir kalam, saya memohon maaf atas segala kesilapan ini dan akan berusaha supaya tidak mengulanginya lagi di masa akan datang.

'Jadilah orang yang bijak mengawal api kemarahan kerana api itu sentiasa ditiup oleh syaitan laknatullah'
Imam 2, Surau Simpang Empat, Tanjung Malim, Perak.