[Zikir khas Ramadhan. Perbanyakkan semasa hampir bebuka dan ketika sahur. Boleh juga diamalkan di luar Ramadhan.]
Pihak surau juga mengadakan solat sunat tarawih secara berjemaah dan juga membuka ruang untuk tuan-tuan dan puan-puan yang ingin mengadakan moreh berbuka puasa pada kadar RM400 untuk satu malam.
Inilah janji pahala yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan.
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
Majlis berbuka puasa setiap hari akan bermula dengan bacaan tahlil pada pukul 6.45 petang. Semua ahli kariah termasuk pelajar UPSI yang tinggal berdekatan dan para musafir dijemput hadir.
